As you know, our ex-president Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon had retired on 31 DEC 2007. Below is some of the profile of MMU new president.
Dr Zaharin Presiden baru MMU UNIVERSITI Multimedia (MMU) mengumumkan pelantikan Presiden barunya, Prof Dr Zaharin Yusoff, 52, berkuat kuasa semalam menggantikan Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon yang bersara 31 Disember lalu, selepas menerajui MMU sejak 11 tahun lalu. Berasal dari Kota Bharu, Kelantan, Zaharin sebelum ini menyertai Universiti Tenaga Nasional (Uniten) sebagai Dekan Kolej Pengajian Siswazah. Memulakan perkhidmatan sebagai pensyarah di Kajian Matematik di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1980. Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua Bahagian Sains Komputer, Kajian Matematik dan Sains Komputer pada 1991. Di bawah pentadbirannya, fakulti berkenaan terus berkembang dan beliau kemudian dilantik sebagai Dekan Kajian Sains Komputer pada 1995 sehingga 2004 dan memegang jawatan Dekan Penyelidikan (ICT Platform) dan kemudian menyertai Mimos Berhad pada 2005. Di Mimos, Zaharin diberi mandat mengetuai Unit Penghasilan Bahasa selama setahun sebelum dipilih sebagai Pengarah Kanan Pusat Pusat Pengurusan Pengetahuan pada 2006. Zaharin mempunyai pengalaman luas dalam penyelidikan dan pembangunan bidang pengkomputeran linguistik terutama penterjemahan mesin, penggunaan tatabahasa, bahasa model rasmi dan linguistik rasmi.
ps: just can hope that our new president will lead us to a greater future. Let us wait and see.